Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Kejohanan Badminton pada petang Hari Jumaat, 18 Jamadilawal 1432 bersamaan dengan 22 April 2011 bertempat di Dewan Riadah Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Pada tahun ini, sebanyak 8 Jabatan ikut serta dalam kejohanan ini yang mana akan diadakan sehingga 30 April 2011.
Turut berkenan berangkat ke Majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bagi menyaksikan Majlis Pembukaan Kejohanan tersebut. Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan.
Majlis juga dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian tersebut.
Jabatan Perbekalan dan Stor Negara telah diberikan kepercayaan bagi menyelenggara Majlis Kejohanan tersebut pada tahun ini.
