Ahad, 29 Mei 2011 bertempat di Dewan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah berlangsung perlawanan Bola Jaring Kementerian Kewangan dan Jabatan-jabatan di dalamnya bagi tahun 2011. Sebanyak 7 pasukan telahpun mengambil bahagian. Hadir menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang, Datin Hajah Sapiah binti Haji Sabtu, isteri Yang Berhormat Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri. Juga hadir isteri Yang Mulia Dato Haji Bahrin, Timbalan Menteri Kewangan, Isteri setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, dan Puan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.
Yang Mulia Tetamu kehormat telah diperkenalkan oleh Yang Mulia Isteri Pmk. Pengawal Kastam dan Eksais Diraja sebelum acara Penyampaian hadiah-hadiah.
Perlawanan telapun dimenangi oleh Pasukan Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang juga pemenang pada tahun lalu, tempat kedua disandang oleh Pasukan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (KASWANI) dan sementara tempat ketiga disandang oleh Pasukan Kementerian Kewangan (MOF). Pasukan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (KASWANI) menerima hadiah selaku pasukan yang banyak membuat jaringan (70 jaringan).
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah diberi kepercayaan untuk menjadi penyelaras kejohanan pada tahun ini.