Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

KEJOHANAN TEN-PIN BOWLING KEMENTERIAN KEWANGAN DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA BAGI TAHUN 2011 

 
 

 

Bandar Seri Begawan – Kementerian Kewangan dan  Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Acara Penutupan Kejohanan Ten-Pin Bowling bagi tahun 2011 di Pusat Bowling Utama, Jalan Tutong pada malam Sabtu, 4 Jun 2011.  

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir menyaksikan Kejohanan tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri dan Datin.  Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Bahrin bin Haji Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan dan Datin, Setiausaha Tetap  (Dasar) dan isteri dan Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance) di Kementerian Kewangan, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Sebanyak 8 pasukan yang ikut serta iaitu pasukan Kementerian Kewangan, Agensi Pelaburan Brunei (BIA), Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Perbekalan dan Stor Negara, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (HMSF) dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

Kejohanan tersebut telah dijuarai oleh Pasukan dari Agensi Pelaburan Brunei, tempat kedua disandang oleh Pasukan dari Jabatan Perbendaharan, dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan dari AMBD. 

Hadiah Highest Game bagi Kategori Kumpulan VIP Lelaki dan Wanita telah dimenangi oleh Haji Mohd Khairul Zaki bin Haji Mohidin dari AMBD dan Noraidah binti Ibrahim dari BIA.  

Manakala, hadiah Highest Game bagi Kategori Kumpulan Terbuka Lelaki dan Wanita telah dimenangi oleh Mohd Azrin bin A. Magon dari Jabatan Perbendaharaan dan Nureni binti Haji Mohd Untong dari HMSF.

Hadiah Highest Game bagi Kategori Perseorangan Lelaki dan Wanita telah dimenangi oleh Haji Mohd Khairul Zaki bin Haji Mohidin dari AMBD dan Nurelmi binti Jais dari BIA.  

 

- Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan-