
Bandar Seri Begawan, Selasa, 09 Ogos 2011 – Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya mengadakan Ceramah sempena Bulan Ramadhan bagi Tahun 1432 Hijriah bersamaan 2011 Masihi khas bagi pegawai-pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bertempat di Dewan Teater Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan.
Ceramah Khas sempena Bulan Ramadhan tersebut disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, iaitu Yang Mulia Ustazah Dayang Hajah Rogayah binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Wahid.
Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Mulia, Dayang Hajah Ning Lela binti Dato Paduka Haji Mohamad, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan. Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan dengan melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.