Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

Ditukar sebagai Pengarah Perbekalan dan Stor Negara 

 
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 September – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pengarah Pentadbiran, Kementerian Kewangan, Pengiran Haji Mohd. Noordin bin Pengiran Lela Perkasa Pengiran Haji Mohd. Said ditukar ke Jabatan Perbekalan dan Stor Negara sebagai Pengarah Perbekalan dan Stor Negara mulai hari Selasa, 20 September 2011.

- Pelita Brunei Keluaran 23 September 2011