Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

KEMENTERIAN KEWANGAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ BAGI TAHUN 1432H / 2011M 

 
 

 

Bandar Seri Begawan, Selasa, 5 Julai 2011 - Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya, Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.

Berangkat ke Majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

 

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II Di Jabatan Perdana Menteri.





Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Majlis juga diberigakan dengan ceramah khas bertajuk “Solat Melatih Manusia Hidup Bersih dan Berdisiplin Tinggi” yang disampaikan oleh Yang Mulia Drs Ustaz Awg Haji Mohd Syahroni bin Haji Abdul Kahar, penceramah undangan daripada Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Jabatan Perbekalan dan Stor Negara telah diamanahkan untuk menyelaras Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj tersebut pada tahun ini.