Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II (Kedua) dilantik sebagai Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri bermula pada 15 Jamadilakhir 1431 Hijrah bersamaan 29 Mei 2010.
Yang Mulia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan (Fiskal) dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan bermula pada 15 Jamadilakhir 1431 Hijrah bersamaan 29 Mei 2010.
Yang Mulia Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah, Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance) di Kementerian Kewangan dilantik menjadi Setiausaha tetap (Fiskal) Kementerian Kewangan mulai hari Khamis 27 Jamadilakhir 1431 Hijrah bersamaan 10 Jun 2010.
Yang Mulia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan ditukar ke Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) menjadi Setiausaha Tetap II, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama mulai hari Isnin, 8 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 21 Jun 2010.
Yang Mulia Awang Yahya bin Haji Idris, Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance), Kementerian Kewangan mulai hari Jumaat, 26 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 9 Julai 2010.
Pada 15 Julai 2010, sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-64 Tahun, Yang Mulia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran Dato Paduka.