BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 September - Sambutan Hari Mesra Pelanggan Kementerian Kewangan yang bertemakan 'Ke Arah Perkhidmatan Pemedulian' yang diadakan diruang legar Kementerian Kewangan itu telah berakhir pada hari ini.
Hari Mesra Pelanggan Kementerian Kewangan itu telah dirasmikan kelmarin oleh Pemangku Menteri Kewangan Kedua, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah yang antara lain bertujuan bagi mempromosikan dan mempertingkatkan orang ramai mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya.

Ruang pameran yang disediakan untuk para pengunjung sempena Hari Mesra Pelanggan Kementerian Kewangan yang diadakan di ruang legar kementerian tersebut.
(Foto : Azmah Hj. Ahmad)
Di sepanjang sambutan dua hari itu, para pengunjung dialu-alukan untuk mengunjungi pameran dan Galeri Pameran Lembaga Matawang dan Monetari Brunei di Bangunan Kementerian Kewangan.
Di samping itu, pengunjung-pengunjung juga berkesempatan bagi menyertai program dan aktiviti serta mendengarkan sesi taklimat yang telah disusun oleh jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di dalam Kementerian Kewangan.
- Pelita Brunei, 22 September 2010