Majlis penutup Kejohanan Badminton Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya telah diadakan pada malam hari Sabtu, 26 Jamadilawal 1432 bersamaan dengan 30 April 2011 bertempat di Dewan Riadah Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Tetamu Kehormat Majlis pada malam itu ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Pemangku Menteri Kewangan.
Majlis juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian tersebut.
Aturcara pada malam tersebut dimulakan dengan perlawanan peringkat akhir Kejohanan Badminton dan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menjuarai perlawanan tersebut. Manakala naib juara Kejohanan tersebut ialah Agensi Pelaburan Brunei.
Perlawanan peringkat separuh akhir Kejohanan tersebut telah diadakan pada 27 April 2011. Manakala perlawanan penentuan tempat ketiga telah diadakan pada 29 April 2011 dan telah dimenangi oleh Jabatan Perbekalan dan Stor Negara.
