Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BADMINTON KEMENTERIAN KEWANGAN DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA 2010 

 
 

Kejohanan Badminton Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan Di dalamnya telah di adakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan bermula pada 31 Oktober 2010 sehingga 7 Nobember 2010.

Jabatan-Jabatan yang ikut serta adalah terdiri daripada 7 pasukan iaitu:
• Kementerian Kewangan
• Agensi Pelaburan Brunei
• Jabatan Perbendaharaan
• Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
• Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
• Jabatan Perbekalan dan Stor Negara
• Tabung Amanah Pekerja

Majlis penyampaian hadiah telah di adakan pada hari Isnin, 22 Nobember 2010 bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.

Keberangkatan selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah telah berkenaan berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir di majlis tersebut juga ialah:

Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad, Pengarah Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Yang Mulia Awg Hj Mohd Roselan bin Hj Mohd Daud, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
Yang Mulia Hj Mohd Rosli bin Hj Sabtu, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan
Yang Mulia Awg Yahya bin Hj Idris, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan,
Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian serta Peserta-Peserta Kejohanan Badminton Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di Dalamnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah dan seterusnya penyampaian hadiah-hadiah kepada Jabatan-Jabatan yang memenangi iaitu:
a. Pemenang Pertama  - Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
b. Pemenang Ke-2  - Agensi Pelaburan Brunei
c. Pemenang Ke-3  - Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei
d. Pemenang ke-4  - Kementerian Kewangan
e. Pemenang ke-5  - Jabatan Perbendaharaan
f. Pemenang ke-6  - Jabatan Perbekalan dan Stor Negara
g. Pemenang ke-7  - Tabung Amanah Pekerja

Majlis tersebut pada tahun ini dikendalikan oleh Agensi Pelaburan Brunei.