Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

Pertukaran dan Pelantikan Setiausaha Tetap 

 
 

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pertukaran ke atas:

Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud, Setiausaha Tetap (Dasar), Kementerian Kewangan ditukar ke JPM menjadi Setiausaha Tetap di JPM. 
 



YANG Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud
menjadi Setiausaha Tetap,
di Jabatan Perdana Menteri.

Yang Mulia Awang Haji Shahbudin bin Haji Musa, Pengurus Am, Pemasaran di BLNG Sdn Bhd dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Dasar), Kementerian Kewangan.

  

 

 

 

 

 

 

YANG Mulia Awang Haji Shahbudin bin Haji Musa
menjadi Setiausaha Tetap (Dasar),
di Kementerian Kewangan.


Tarikh pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Khamis, 8 Zulkaedah 1432 bersamaan 6 Oktober 2011.