Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

KEMENTERIAN KEWANGAN MENGADAKAN MAJLIS BERTADARUS DAN KHATAM AL QUR’AN BAGI TAHUN 1432H / 2011M 

 
 


  Bandar Seri Begawan, Khamis, 4 Ogos 2011 – Bagi menyemarakkan lagi ketibaan bulan suci Ramadhan Al-Mubarak, Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Bertadarus bersiri ke masjid-masjid di Daerah Brunei Muara yang mana pembukaannya bermula di Masjid Kampong Pelambayan.   Ini merupakan aktibiti tahunan Kementerian Kewangan yang antaralain bertujuan untuk menambah amal ibadat di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan memupuk kerjasama dan perpaduan pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II Di Jabatan Perdana Menteri. 

  

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Faatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri.  Seterusnya diikuti dengan bertadarus Al-Qur’an dari juzuk pertama hingga juzuk 10 oleh para peserta daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta ahli-ahli Takmir Masjid Kampong Pelambayan.  Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil, bersungkai dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Imam Masjid Kampong Pelambayan, Awg Haji Shahbirin bin Haji Mohd Noor.

Insyaallah, majlis bertadarus seterusnya akan diadakan di Masjid Beribi pada 8 Julai 2011 dan diikuti dengan masjid terakhir iaitu Masjid Kampong Belimbing Subok pada 11 Ogos 2011.  Manakala Majlis Khatam Al Qur’an akan diadakan di Surau Kementerian Kewangan pada 15 Ogos 2011. 

Jabatan Perbekalan dan Stor Negara telah diamanahkan untuk menyelaras Majlis Bertadarus dan Khatam Al Qur’an tersebut pada tahun ini.