Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

KEMENTERIAN KEWANGAN ADAKAN MAJLIS BERTAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN DAN AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT SEMPENA BULAN RAMADHAN 1432H/2011M 

 
 



Bandar Seri Begawan, Selasa, 09 Ogos 2011 – Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya termasuk Autoriti Monetari Brunei Darusalam, Pejabat Penerbangan Keawah Duli Yang Maha Mulia dan BAG Network Sendiri Berhad mengadakan Majlis Bertahlil beramai-ramai bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran  Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman sempena bulan Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 2011 Masihi bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.
 
Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Pemangku Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan  Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan didalamnya termasuk Autoriti Monetari Brunei Darusalam, Pejabat Penerbangan Keawah Duli Yang Maha Mulia dan BAG Network Sendiri Berhad.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Sabtu bin Haji Abdullah, Imam Masjid Jublee Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Jangsak.

Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan dengan melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan lelaki Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.