Skip to main content
Home
About MOF
Departments
Divisions
Services
Go Search

WALKATON KEMENTERIAN KEWANGAN JANA HIDUP SIHAT 

 
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Mac - Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya hari ini mengadakan walkaton bertempat di Kementerian Kewangan di Jalan Commonwealth.

Turut serta dalam acara sihat tersebut ialah Menteri Kewangan Kedua di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Kewangan, yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan di kementerian berkenaan.


Menteri Kewangan kedua di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir sama ke acara senam Tai-Chi dan walkaton Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya (atas), sementara itu gambar bawah Yang Berhormat Menteri Kewangan kedua ketika menyertai walkaton yang bermula dan berakhir di Bangunan Kementerian Kewangan Acara dimulakan dengan senam Tai Chi yang dibimbing oleh ahli-ahli dari Persatuan Tai Chi, Negara Brunei Darussalam.

Setelah itu, acara diteruskan dengan walkaton sejauh 3.1 kilometer yang bermula dan berakhir dari bangunan Kementerian Kewangan.

Acara seumpama ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kewangan di dalam menjana kehidupan ke arah warga sihat dan untuk memberikan kesedaran serta galakan kepada warga Kementerian Kewangan agar meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal dengan melakukan aktiviti senaman

Sumber Berita Pelita Brunei
Sumber Foto InfoFoto