font size

PEGAWAI KEWANGAN (BERGAJI HARI)

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KEKOSONGAN= 2 

KELAYAKAN MINIMUM

$11.     a) Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) ATAU Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan yang diiktiraf.

    1. ATAU          

b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewangan, perakaunan, perdagangan, marketing atau bidang yang bersesuaian.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEWANGAN

           

            SECARA AM

$11.     Membantu dalam urusan Pentadbiran dan Kewangan Jabatan yang berkaitan dengan persuratan, book-keeping, pertanyaan audit, pendaftaran dan mempastikan supaya kerja-kerja yang terlibat dapat dilaksanakan dengan baik dan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan.

$12.     Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan Kanan.

$13.     Membantu dan bertanggungjawab terus kepada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan di dalam pengendalian dan penyelarasan kerja projek TAFIS.

$14.     Bersedia menjalani kursus di dalam dan luar negeri, jika dikehendaki.

$15.     Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Jurukira Agung dari semasa ke semasa.

SECARA KHUSUS DI BAHAGIAN HASIL, KEMENTERIAN KEWANGAN

$11.     Mengetuai dan menyelia Unit Audit dan Taksiran di Bahagian Hasil termasuk merancang perkembangan, memantau pelan kerja penaksiran cukai dan operasi Unit berkenaan.

$12.     Mempastikan dan menunjuk ajar kerja-kerja berhubung dengan penaksiran cukai yang dibuat oleh kakitangan adalah dalam keadaan betul mengikut peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya.

$13.     Bertanggungjawab bagi penyediaan maklumat-maklumat perangkaan berhubung dengan percukaian untuk perancangan dan perlaksanaan dasar, strategik dan operasi.

$14.     Memeriksa akaun dan mentaksir penyata cukai pendapatan syarikat-syarikat.

$15.     Membuat perkiraan duti setem.

$16.     Bersama-sama pegawai atasan yang lain bertanggungjawab terhadap mutu kawalan kerja, disiplin dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.

$17.     Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

$11.     Semua permohonan hendaklah mengisikan borang SPA/I.

$12.     Borang SPA/1 boleh didapati di laman sesawang Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam www.spa.gov.bn klik ‘Muat Turun’ kemudian pilih Borang SPA/1 dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

$13.     Sijil-sijil Akademik asal (asli) hendaklah dibawa semasa menghadapkan permohonan borang SPA/1 untuk pengesahan.

$14.     Pemohon hendaklah menyertakan dua (2) keping gambar terkini berukuran passport.

  1. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
  1. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;

b. Rekod Perkhidmatan yang lengkap.

  1. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.

  1. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
  1. Permohonan yang diterima lewat daripada 10 Oktober 2016 tidak akan dilayan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:

KEMENTERIAN KEWANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN HAL EHWAL KORPORAT,

TINGKAT 15,

BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN,

COMMONWEALTH DRIVE,

BANDAR SERI BEGAWAN BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

projectbrand
Share