Majlis Penyampaian Cenderamata Persaraan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta Jabatan-Jabatan di dalamnya yang telah bersara pada Tahun 2025 telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Rabiulakhir 1448H bersamaan 3 Oktober 2026M, bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri Kewangan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan, Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta pegawai dan kakitangan yang telah bersara pada tahun 2025.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Haji Asrul Adrain bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad, Setiausaha Tetap (Fiskal), Kementerian Kewangan dan seterusnya diselajurkan dengan penyampaian cenderamata oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Seramai Empat Puluh Tujuh (47) orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta Jabatan-Jabatan di dalamnya yang telah bersara pada tahun 2025.
Antara lain objektif majlis tersebut diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah bersara di atas dan bakti yang telah dicurahkan semasa bertugas di Kementerian Kewangan. Disamping itu, ianya adalah juga bertujuan bagi mengekalkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara pegawai dan kakitangan yang telah bersara dan yang masih berkhidmat di Kementerian Kewangan.
Majlis Penyampaian Cenderamata Persaraan Kementerian Kewangan telah diselenggarakan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manunsia dan Hal Ehwal Korporat, Kementerian Kewangan.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan Negara Brunei Darussalam
Emel: corporatecommunication@mof.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/100
Tarikh: 21 Rabiulakhir 1448H 3 Oktober 2026M